Skip to main content

Perempuan


Perempuan

Saat Kecil 
dia membuka pintu Syurga untuk ayahnya.

Saat dewasa
dia menyempurnakan agama untuk suaminya

Saat menjadi ibu 
Dia menjadi penggerak semua doa

oleh kerana itu 
dia dimuliakan Allah dengan menempatkan syurga di telapak kakinya

ketika seorang perempuan sudah menjadi IBU
maka ALLAH akan menganugerahkan kepadanya satu senjata yang sangat ampuh di muka bumi.

"Tahukah anda apa itu?"

Itu adalah Lisannya.

Lisannya akan menjadi  
Berat timbangannya.

Lisannya akan menjadi pembuka pintu-pintu langit.

Ucapannya akan diijabah.
doanya akan diangkat tanpa penghalang.

doa ibu akan mampu menjadi penghancur kesulitan bagi anak keturunannya.

Dan mengeluhnya seorang ibu akan menjadi pemberat langkah setiap anggota keluarganya, termasuk bagi suaminya.

Maka pantang bagi seorang ibu untuk mengeluh,
kerana keluhannya pun akan menjadi kenyataan, 
sebagaimana harapan dan doanya pun akan menjadi kenyataan.

ucapan buruknya akan menjadi musibah bagi dirinya dan keluarganya.

Lisan seorang ibu layaknya seperti Karomah para wali.

Maka berhati-hatilah 
wahai para ibu 
ketika anda menggunakan 
senjata terampuh ini.

gunakan untuk bermunajat meminta kepada ALLAH agar suamimu dimudahkan dalam mencari nafkah.

Jangan mengeluhkan tentang dirinya. 

Itu  akan semakin memberatkan dan menyukarkan kehidupan anakmu.

Gunakan untuk bermunajat meminta kemudahan dan Kesolehan  atas anak-anakmu
jangan mengeluhkannya. 

Kerana itu akan menjadi benar adanya.

Comments

Popular posts from this blog

Pesan Umma

"Ketika kamu sudah dewasa kamu akan diperlakukan buruk dan dikecewakan oleh banyak manusia. Tapi sesedih dan semarah apapun kamu tetaplah jadi baik."

Bagaimanakah keadaan kita semasa kembali bertemu Allah SWT?

Sulaiman Bin Abdil Malik (seorang  Khalifah Bani Umayyah) telah bertanya kepada Seorang alim yang soleh, zuhud, bertakwa dan warak iaitu Abu Hazim Salamah Bin Dinar, katanya:  Bagaimanakah (keadaan kita semasa) kembali bertemu Allah SWT? Beliau r. alaihi telah menjawab: "Orang yang baik maka keadaannya adalah seperti seorang pengembara yang pulang bertemu kaum keluarganya. Adapun seorang yang jahat maka keadaannya adalah seperti seorang hamba yang telah melarikan diri, tetapi dia dikembalikan kepada tuannya."

Kenapa Hidup ini Melelahkan?

Kenapa hidup ini melelahkan? Karena bukan tempat untuk beristirahat. Jika tidak, kau akan lelah di kehidupan selanjutnya.