Apakah kekurangan para asatizah yang ada sekarang? Kekurangan pautan CINTA kepada masyarakat. Masyarakat tidak mahu HUKUM walaupun hukum itu telah ditetapkan Allah, tapi masyarakat mahu melihat agama ini suatu agama yang damai, sejahtera, berkaseh sayang.
Asatizah, da'ie perlu menarik hati masyarakat dengan CINTA, pautkan hati mereka dengan kedamaian, bukan hukuman. Sebab itu ulamak sufi bergerak di serata tempat, lorong-lorong. Mereka jatuhkan segala ananiah dan kesombongan demi SALAMAN dan CINTA.
Jangan jadi PENGHUKUM, jadilah PENCINTA. Sekiranya engkau menjadi pencinta, maka segala HUKUM-HUKUM yang ditetapkan-Nya akan tersemat dalam diri manusia dengan mudah kerana hatinya telah berputik dengan cinta.
Tulisan Ustad @ashrulamrddin
Comments
Post a Comment